jika wajah yang membuatmu jatuh cinta, bagaimana caramu mencintai Tuhan yang tidak berupa?

Friday, 24 July 2015

jodoh itu rahsia Allah.

Kebiasaannya, bila anak gadis yang dah cukup syarat ni hadir ke kenduri kendara saudara mara jiran tetangga, selalu ditanya soalan maut. Itu merupakan satu saat paling aku tak gemar. Kalau ikut rasa hati yang nak berkurang ajar ni dah lama kena maki barang sedas dua. Tapi kenangkan tebalnya maruah yang mak ayah aku pupuk, aku jawab dengan penuh senyuman ayu je la. 

Eh hello, bukan setakat makcik je sibuk bertanya. Pakcik pun lebih sudu dari kuah. Siap nak bandingkan eh kononnya anak dara lagi laku dari kita. Anak dia la kerja bagus, anak dia la paling laku. Kau tu aku tengok dah alim alim dah. Anak anak kau elok2 sorang doktor sorang pak imam, ye aku tahu kau bangga. Anak kau menjadi. Tapi please? Soalan macam tu kau tanya, kau tak tahu ke jodoh tu rahsia Allah? 

Pakcik, aku memang bukan lulusan agama. Aku bukan lulusan ijazah. Diploma je. Tapi aku tahu cakap berlapik. Kau makan garam lagi banyak. Hope kau faham. Bukan semua benda kita mintak, boleh dapat. 

Aku boleh faham, takkan kau yang dah macam2 pengalaman tak faham? 

Thursday, 3 July 2014

dear boss, y u no like me?

"if you think school is tough, just wait until you get a boss!"

pernah dengar quote di atas? seriously, kata-kata ni sangat tepat sekali. aku, baru tiga tahun bekerja kat sini dah rasa kebenarannya. this is my first job ever after graduated and the boss is terrible! mula-mula ingat, "ala, kalau aku tak buat hal, takdenye dia nak point aku or whatever." no. seriously not.

sangat beruntung seseorang pekerja itu jika dapat bekerja di bawah arahan bos yang bukan jenis kuku besi. tempat kerja aku, colleague semua baik-baik belaka. memang happening. kitorang selalu buat pot luck, keluar berkelah, and macam-macam lagi. tapi bila part boss, blerghhh.

bila dia ada, department tu rasa macam huru-hara. semua benda buat nampak tak kena, nampak salah. pegang handphone salah. pegang botol air, kena sound. nak pergi kursus tak boleh. ehh, kau ingat ni sekolah? handphone tu kalau pegang tujuan dia nak main game je ke? kursus, dah kenapa tak boleh pergi? kau kena bayar ke? sebenarnya kau tak nak kan, kitorang dapat ilmu baru? what the heck?

kalau seseorang ada buat satu kesalahan,  dia akan point out kesalahan tu and akan ugut orang tu dengan markah penilaian tahunan. "if you not change, ill give you low marks." kau berubahlah jadi malaikat macam mana pun, at the end of the year, markah prestasi kau 60. eh, kau ingat ni markah exam? 60 tu dah macam orang datang kerja, punch in pastu balik rumah and tidur. faham?

ramai orang tanya kenapa tak buat petition and keluarkan dia dari uitm. what to do, dia sangat pandai cover and geng baik punya dengan orang atasan. mengadulah kau macam mana pun, at the end kau jugak yang kena. she's quit good in covering up herself. and lepas tu, isu tu senyap sunyi begitu sahaja. haih.tak taulah sampai bila aku mampu bertahan kat situ. just praying.

aku bukan nak judge people or whatever. just wanna share some experiences. yang penting kita kena ingat, bukan dia yang tentukan rezeki kita. Allah tetap ada. Dia yang bagi rezeki kat kita, so mintak pada Dia, bukan pada hambaNya.

Wednesday, 2 July 2014

people come and go.

dalam kehidupan kita, akan ada satu fasa yang di mana, kita bertemu dan kita berpisah dengan seseorang. sama ada kau berjumpa orang yang betul atau salah, bukan kau yang pilih. tapi its you to decide whether to stay till the end or not.

macam aku, for time being, aku dah dua kali bercinta. bercinta dengan dua lelaki yang datang dari dunia berbeza. memang berbeza dari segi umur, kematangan dan pemikiran. and thanks to them, for being part of my life. and now, we are happy with our own ways.

tapi, tak bermaksud bila si dia dah pergi dari hidup kau, your life will be miserable!


seriously, get up. jangan sebab seorang dah pergi, they will be no other person will come. crying like no one who cares, messing with your friends, and others. wake up, will you? orang lain kat sini semua risaukan kau. tak bertanya tak bermaksud tak ambil peduli, faham?

so, get your butt up, and move on babe!

Tuesday, 1 July 2014

pertama.

salam.

pertama kali selepas sekian lama jemari ini tidak bersenam di permukaan papan kekunci komputer (selalu bersenam kat handphone je) akhirnya aku teringin nak ber-blogging semula.

yeeha!

kenapa? saja teringin nak mengisi masa lapang. dulu rajin update blog masa zaman student. dan rasanya banyak post yang mengarut je. fefeling kononnya. takpa lah. walaupun takde readers, yang penting blog ni adalah tempat untuk mencurahkan isi hati jantung limpa supaya tak tersimpan lama sampai kepam. yelah forever alone katanya, takde orang nak dengar kau membebel sebenarnya kan. 

ok. whatever it is, selamat berpuasa untuk semua umat Islam di dunia. chewah. baru hari ketiga. jangan ponteng puasa ye. hee!