jika wajah yang membuatmu jatuh cinta, bagaimana caramu mencintai Tuhan yang tidak berupa?

Friday, 24 July 2015

jodoh itu rahsia Allah.

Kebiasaannya, bila anak gadis yang dah cukup syarat ni hadir ke kenduri kendara saudara mara jiran tetangga, selalu ditanya soalan maut. Itu merupakan satu saat paling aku tak gemar. Kalau ikut rasa hati yang nak berkurang ajar ni dah lama kena maki barang sedas dua. Tapi kenangkan tebalnya maruah yang mak ayah aku pupuk, aku jawab dengan penuh senyuman ayu je la. 

Eh hello, bukan setakat makcik je sibuk bertanya. Pakcik pun lebih sudu dari kuah. Siap nak bandingkan eh kononnya anak dara lagi laku dari kita. Anak dia la kerja bagus, anak dia la paling laku. Kau tu aku tengok dah alim alim dah. Anak anak kau elok2 sorang doktor sorang pak imam, ye aku tahu kau bangga. Anak kau menjadi. Tapi please? Soalan macam tu kau tanya, kau tak tahu ke jodoh tu rahsia Allah? 

Pakcik, aku memang bukan lulusan agama. Aku bukan lulusan ijazah. Diploma je. Tapi aku tahu cakap berlapik. Kau makan garam lagi banyak. Hope kau faham. Bukan semua benda kita mintak, boleh dapat. 

Aku boleh faham, takkan kau yang dah macam2 pengalaman tak faham? 

No comments:

Post a Comment